Cinta yang dahulu adalah cinta yang agung dan hebat. Mungkin sebab terhalang dan dihalang. Kalau kau ada happy ending, kau rasa orang masih cakap cinta kau hebat tak? Sebab benda yang betul-betul kasi kau impact dan buat kau teruja adalah benda yang buat kau sedih dan sentap. Kalau benda tu happy ending, mestilah kau akan cakap “Sweet gila lah diorang tu!”. Kau takkan cakap cinta diorang tu hebat dan agung gila. Crap. HAHAHA
Oleh itu, mari kita layan Hey Jude!
Okay, lagu tema yang tak berapa nak masuk akal sebab Hey Jude ditulis oleh Paul untuk Jude yang kesedihan sempena kematian ibunya. Crap.
Hidup aku selalu ada choices. Aku kira, kau semua pasti cakap bertuahnya aku sebab ada choices sedangkan ada orang terpaksa terima apa sahaja yang datang tanpa berupaya nak buat apa-apa pilihan. Aku pun tak tahulah nak rasa bersyukur ke atau rasa celaru. So I just do it with love. Eceh, tetibe jek.
But I’m not ready to make nice.
Orang selalu cakap. If things are not getting better at the end, then it’s not yet the end. Sebab at the end, things will get better. Aku rasa aku pun pernah ulang ayat macam tu kat kawan-kawan aku. Tapi bila fikir-fikir balik, kita semua berpegang pada kenyataan itu sebab kita berharap pada pengakhiran yang sempurna. Selagi tak sempurna, selagi itu kita percaya yang semuanya belum berakhir.
At the end, semua orang suffer atau semua orang gembira? Atau ada sikit gembira dan ada sikit suffer? Worse is kau yang suffer sorang-sorang dan tak ada siapa pun akan faham.
So what’s your perfect ending?
Saat ini, aku rasa semuanya dah berakhir walaupun jauh dari perfect. So welcome, perfect lie! Or shall I say life?
--
akupuntaktahulahkitasemuapatutmacaminiketakpatutsebenarnya
Nota kaki:
2nd law of thermodynamic stated the law of irreversibility: kalau kau boleh buat keadaan sama macam dulu pon, perasaan tetap tak akan jadi sama.
No comments:
Post a Comment