aku masih di sini walaupun kamu mungkin sudah menghumban aku jauh dari kamus hidup kamu.
mungkin kamu sudah pun membunuh perasaan yang melimpah ruah itu dan cuba melupakan siapa aku.
kamu buang semua itu kerana kamu takut untuk berhadapan dengan realiti.
sedangkan all we have to do is just talk.
tapi kamu pilih untuk melarikan diri kerana kamu tidak berani jujur dengan perasaan kamu sendiri.
sedangkan kamu tahu, itulah satu-satunya benda yang kamu mahu.
percayalah, realiti itu akan mengejar kamu semula.
pada suatu masa yang aku tak pasti bila.
dan pada masa itu, kamu akan datang kepadaku.
tapi yang tinggal mungkin hanyalah curiosity kerana semuanya patut telah tamat.
cuma kita masih denial dan tidak menyedari bahawa sekarang ini kita cuma mengejar bayang-bayang masa lampau.
tapi kita disuapkan dengan harapan-harapan.
yang akhirnya akan membuatkan kita tersungkur sekali lagi
heh.
No comments:
Post a Comment