Ka-ching!

11.07.2009

fate selalu buat hal pada masa yang tepat.

Sila baca sambil mendengar Concerto Four Seasons dari Antonio Vivaldi.

--

Setiap kali Winamp aku main lagu Vivaldi, aku terasa nak pejamkan mata aku dan cuba dengar bunyi-bunyi disekeliling aku. Kalau ada jarum jatuh, aku nak dengar bunyinya macam mana. Lepas tu dalam kepala otak aku membayangkan aku tengah lari-lari dari subway ke arah bukit untuk mengejar magical moments bersama Baron Humbert von Jikkingen dari kedai barangan antik milik Nishi-san. Heh, mungkin sebenarnya aku terpengaruh dengan cerita Ghibli yang bertajuk Whisper of The Heart.

*sigh*

Bila aku dah mula fikir banyak-banyak, I tend to start rationalizing things so that they make sense. Or so that I’ll have the sense of being sensible. Whatever. Cerita pasal regret lagi.

Selalunya kita regret benda yang dulu kita sepatutnya buat; tapi kita tak buat pun. Let’s say at one point of your life, kau diberi peluang untuk undone semuanya. Silap, undone tu tak boleh diguna pakai sebab life works in one way. There’s no turning back.

Ok, katakan kau diberi peluang kedua untuk kau buat benda yang kau tak sempat buat dahulu. Apa yang kau nak buat? Sebab pada masa sekarang, kau sudah ada kehidupan lain. Tempat kau bukan di posisi yang macam dahulu. Kiranya apa yang kau rasa nak buat dah tak fit in dan dah tak releven dengan kehidupan kau yang sekarang.

Simplify this: Another opportunity in the wrong time of reference.

Aku rasa ayat aku haram berbelit-belit. Cut the crap, apa nak buat bila kau diberi peluang untuk buat benda yang kau menyesal tak buat dulu? Tapi kalau kau ambil peluang itu, kau mungkin akan menyesal sebab apa yang kau buat akan affect kehidupan kau yang sekarang. Dan lebih shit lagi, mungkin lepas kau ambil peluang tu; kau mungkin end up menyesal kerana merebut peluang itu lantas kau berharap akan dapat peluang lain untuk kembali pada kehidupan kau yang sekarang pula.

Sebenarnya masa aku taip laju-laju benda ni, aku dah sedar something. Kita kena bersyukur. Fate hentikan kisah itu at that point before it gets longer, lebih abstrak dan kompleks.

Terima kasih fate! Walaupun kau selalu cari masa yang sesuai untuk buat hal, terima kasih juga sebab kau hentikan semuanya before things get uglier. Agaknya if fate tak buat hal masa tu, mungkin we will only remember unpleasant things more than anything else. Terima kasih sekali lagi.

Benar kata orang. Redha itu bukan mudah. Tapi ia indah. (aku lupa aku dengar ayat ni dari siapa atau dari cerita apa)

--

Hati, kau tolong jangan terpesong jauh-jauh. Aku takut nanti kau tak boleh nak toleh balik pada benda yang kau tahu kau akan end up menoleh longingly. Benda yang kau tahu satu-satunya kau boleh toleh. Takut esok lusa bila kau toleh, dah tak ada lagi.

No comments:

Post a Comment