Ka-ching!

11.05.2009

The Lack of Reciprocity

Selalunya, kita trade hari ini untuk hari esok dan hari-hari yang akan datang. Maksud aku, kita sanggup bersusah payah untuk hari ini supaya kita akan senang di hari yang akan datang.

Sometimes we live for the future until we forget to enjoy today. Is that all right?

At times, aku pun menyampah juga. Lantas mencarut dan memberontak dalam hati. Kalau aku tunjuk pun, aku tunjuk sipi-sipi. Tak mahu kasi ia kelihatan jelas pada kamu. Tapi kamu tak pernah mahu faham atau kamu buat-buat tak faham. Tapi tak mengapalah. Biar aku rasa sendiri dan fikir-fikir balik tentang semuanya.

Tapi aku rasa aku patut berterima kasih pada kamu.Sebab kamu dah tambah essence dan perasa. Walaupun hakikatnya, aku selalu end up tanya sendiri lepas tu aku yang jawap soalan sendiri. Tak mengapalah. Tak mengapa. Sekurang-kurangnya, itu membantu aku rasa occupied dalam hari-hari suram.

Cuma ia ada buat aku rasa attached sikit-sikit juga. But it’s okay.

Kalau kau masih ingat, kau pernah sebut tentang Romeo and Juliet pada aku. Dan memang cinta dalam Romeo and Juliet macam sejati dan agung gila lah walaupun macam bodoh dan tak masuk akal nak ambil tindakan sebegitu. Tapi kalau kau perasan, benda-benda hebat selalu berakhir dengan sadis. Serius. Mungkin kalau manusia tak suffer dan terseksa gila-gila, cinta tu takkan disebut hebat kot?

*sigh*

Atau mungkin sebab yang menulis Romeo and Juliet ialah seorang gay? Haha, Crap!

Kau tahu, makin lama aku jadi makin paranoid. Aku dah tak tahu nak menuju ke mana. Sebenarnya aku tak banyak pilihan pun. Memang aku tak boleh nak ke belakang. Mustahil. Nak ke kiri atau ke kanan pun aku tak nampak apa yang ada di sana. Sampai aku jadi penat sangat. Jadi, aku nak minta dari kamu satu benda.

Aku minta sehari saja dalam hidup kamu. Kamu sudi tak pimpin tangan aku?

Kita ambil hari ini atau esok untuk kita kejar semua benda yang kita tak sempat kejar? Untuk kita kejar semua rasa yang kita tak sempat kejar?

Kamu mahu tak? Kamu berani tak?

--

Oh ya, adalah beberapa kali juga aku tersengih seorang diri di hadapan skrin laptop. Terima kasih untuk itu :)

No comments:

Post a Comment