Kau pernah tak genggam telefon kemas-kemas,
letakkan di cuping telinga kau,
selepas itu berbicara sendirian?
Kau pernah tak tulis surat panjang-panjang,
selepas itu poskan kepada diri sendiri?
Kau pernah tak bungkus hadiah cantik-cantik,
selepas itu hadiahkan kepada diri sendiri?
Aku terasa mahu berbuat begitulah.
Gila tak?
Kalau kamu rasa aku gila,
nampak sangat kamu tak faham apa yang aku cuba sampaikan.
--
Kadang-kadang kita yang selalu cederakan hati sendiri, bukan?
No comments:
Post a Comment